Powered By Blogger

Tuesday 31 January 2012

WANITA PERMATA BERHARGA

- Wanita adalah bahagian utama dalam kehidupan di alam semesta, tidak akan baik sebuah kehidupan tanpa pengagungan dan penghormatan kepada kaum wanita. Islam sangat menghormati dan mengangkat darjat kaum wanita.
- Begitulah islam memperlakukan kaum hawa, baik ketika saat dia masih seorang anak, menjadi seorang ibu, menjadi saudara wanita atau saat menjadi apapun.
- Seorang anak wajib berbakti kepada ibunya, bahkan didalam islam juga lebih mendahulukan menghormati dan mentaati ibunya sebelum bapanya.
- Ketika wanita bergelar isteri, islam memerintahkan suami untuk berbuat baik pada isterinya, menjaga kehormatannya, memberikan nafkah zahir dan batin, menerima dan bersabar dengan segala kekurangannya seperti didalam firman Allah: ".. Dan pergaulilah mereka ( isteri ) dengan cara yang baik.. Dan dari sebuah hadist, dari Abu Hurairah berkata.. Rasulullah SAW bersabda: "..Berbuat baiklah kalian kepada isteri, kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas, kalau engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya, jika engkau biarkan maka akan tetap bengkok, oleh kerana itu berbuat baiklah engkau pada para isteri.."

Firman Allah: "..Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar ) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan baik-baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ( ingatlah ) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.." ( Al-ahzab: 59 )

Sungguh betapa berharganya dirimu yang bergelar wanita, maka jagalah dirimu, peliharalah akhlakmu bukan sekadar menjadi perhiasan dunia tetapi menjadi permata yang sangat berharga.

8 comments:

  1. CAntik!!! Ayat2 ni pon honey sukee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang cantik tu? hehe... sekadar ingin berkongsi gambaran yang sebenar.

      Delete
  2. assalamualaikum?
    alhamdulillah, syukur kepada allah masih ada yang ingat bertapa beharganya wanita..
    tak ramai yang akan menghargai wanita seperti kami pada zaman sekarang... terima kasih diucapkan danish rahman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam warahmatulallahi wabarakatuh. terima kasih kerna sudi untuk membaca catatan yang tak seberapa ini.

      Delete
  3. shumellnyew..........time kasih danish..blog kamoo nim sangat indah dan menenangkan...teruskan menulis kerna aq ingin menjadi peminat setia kamoo....hek99x

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 chinta8897, terima kasih juga kerna menyokong penulisan saya yang tak seberapa ini.

      Delete
  4. Kau bagai mentari pagi bersinar terangi kehidupan,tutur kata lembut dan bererti memberi makna untuk semua insan. Ketenangan ada di wajahmu ikhlas iringi langkahmu. Sabar penuhi harimu. Bening warnai dirimu. Kaulah mujahidah penyejuk hati, penenteram jiwa, penggugah iman,penerpa rasa yang menghujamkan cinta berharap hanya pada Allah, raihlah kerana banyak insan merindumu..INILAH MUSLIMAH IDAMAN..WANITA SOLEHAH ~trm kasih

    ReplyDelete