Powered By Blogger

Thursday 9 February 2012

KENALI LELAKI

- Bila seorang lelaki menunjuk minat pada wanita, wanita itu tak semestinya cantik atau yang memakai 'makeup' tebal-tebal. Cukup dengan budi bahasa dan perwatakan menarik seorang wanita.

- Lelaki lebih bersikap menghormati pada wanita yang menutup auratnya kerana mereka dikenali sebagai wanita yang baik-baik seperti dalam ayat ( Al-Ahzab: 59 ).

- Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif terhadap wanita yang dicintainya.

- Sikap mengambil beratnya kadang-kadang membuat seorang lelaki tidak boleh duduk diam.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Walau menyakitkan tetapi dalam hal ini lelaki lebih bersikap matang.

- Bila lelaki cakap 'direct to the point' dalam sesuatu perkara, bukan kerana dia gelojoh atau tak tahu menahan diri, tetapi kerana dia ingin bersikap jujur dan serius dengan apa yang di luahkannya dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Hebatnya lelaki sebab dia boleh 'mengayat' dengan semua wanita yang dia suka. Dia boleh memberi rasa kasih dan sayangnya pada semua wanita disekelilingnya, rela melindungi tetapi hanya ada satu wanita yang dicintai.

- Jangankan Nabi, lelaki biasa pun akan sunyi tanpa wanita. Kerana itu dalam islam wanita diangkat darjatnya untuk dihormati. Jadi bila lelaki bersikap baik padamu jangan pula 'mengedik lebih' kerana lelaki sangat tak suka.

- Wanita yang tahu menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Dia juga suka dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari seorang wanita yang dia cintai adalah anugerah yang paling bermakna berbanding diberikan kereta ferari percuma.

- Jangan terlalu mengharap atau memaksa lelaki melakukan apa sahaja yang disukai wanita, tak perlu susah-susah kerana lelaki dengan sendirinya akan berusaha untuk memahami dan memenuhi keinginan wanita yang dicintainya mengikut ketahanan dan kemampuannya sendiri.

- Biasanya lelaki sangat lemah dengan airmata seorang yang bergelar wanita. Walau kemarahan 'sang lelaki' belum redah, tetapi apabila dipujuk dia mudah tewas kerana wanita dicintainya adalah kunci kelemahanan baginya.

- Sebenarnya lelaki lebih resah bila pertama kali keluar dengan wanita yang telah memenuhi segenap ruang di hatinya, mula berfikir apakah yang akan berlaku selepas pertemuan itu. Adakah dia memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan, kalau Ya. Bagaimana pula keluarganya, kalau setuju.. Berapa pula hantarannya. Tetapi rasanya lelaki itu sudah mempersiapkan diri sebelum pertemuan dengan wanita yang dicintai.

- Lelaki lebih suka berdiam diri apabila cintanya putus ditengah jalan. Belum pernah dibuat lelaki terpekek terlolong salahkan pasangan apalagi dalam pesbuk (kalau ada tu lelaki tak waras). Lelaki yang matang akan bersikap biasa-biasa saja didepan orang, hanya menangis dalam hati dan menunjukkan kesedihannya hanya pada yang berhak saja.

P/s: Ingatlah lelaki juga memiliki kelemahannya sendiri, jadi janganlah terlalu berharap yang luar biasa sahaja dari seorang yang bergelar lelaki. Terimalah lelaki seadanya sepertimana lelaki memperlakukan seadanya wanita. Hidup kita adalah saling melengkapi bukan mencari kekurangan diri.
Wanita diciptakan untuk menjadi pasangan lelaki kerana itulah wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Kerana wanita memang untuk dijadikan pasangan kepada lelaki, menjadi pendamping lelaki, menjadi kesenangan lelaki, menjadi kebanggaan lelaki, memperkuat dada lelaki dan sekaligus melengkapi kehidupan lelaki. Jadi kalau ada yang kurang pada lelaki, wanitalah yang menambahkannya. Dan bila ada yang kurang pada wanita, maka wajarlah lelaki mencukupkannya. Adilkan..???????

Tuesday 31 January 2012

WANITA PERMATA BERHARGA

- Wanita adalah bahagian utama dalam kehidupan di alam semesta, tidak akan baik sebuah kehidupan tanpa pengagungan dan penghormatan kepada kaum wanita. Islam sangat menghormati dan mengangkat darjat kaum wanita.
- Begitulah islam memperlakukan kaum hawa, baik ketika saat dia masih seorang anak, menjadi seorang ibu, menjadi saudara wanita atau saat menjadi apapun.
- Seorang anak wajib berbakti kepada ibunya, bahkan didalam islam juga lebih mendahulukan menghormati dan mentaati ibunya sebelum bapanya.
- Ketika wanita bergelar isteri, islam memerintahkan suami untuk berbuat baik pada isterinya, menjaga kehormatannya, memberikan nafkah zahir dan batin, menerima dan bersabar dengan segala kekurangannya seperti didalam firman Allah: ".. Dan pergaulilah mereka ( isteri ) dengan cara yang baik.. Dan dari sebuah hadist, dari Abu Hurairah berkata.. Rasulullah SAW bersabda: "..Berbuat baiklah kalian kepada isteri, kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas, kalau engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya, jika engkau biarkan maka akan tetap bengkok, oleh kerana itu berbuat baiklah engkau pada para isteri.."

Firman Allah: "..Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar ) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan baik-baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ( ingatlah ) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.." ( Al-ahzab: 59 )

Sungguh betapa berharganya dirimu yang bergelar wanita, maka jagalah dirimu, peliharalah akhlakmu bukan sekadar menjadi perhiasan dunia tetapi menjadi permata yang sangat berharga.

Sunday 1 January 2012

CINTA UNTUK KEKASIHKU

Jodoh adalah rahsia Tuhan yang tak pernah dapat di ramal
pertemuan kita adalah sebuah bukti rahsia dari-Nya
begitu banyak jurang pemisah antara kita
tapi pertemuan dua hati tiada yang boleh memisahkan
walau seberat apapun akan dihadapi rintangan

Begitu mahal kita menebus rasa cinta itu
tapi begitu banyak yang mendukung hati kita untuk bersatu
walau kau dan aku masih belum bertemu
tapi ikatan dua jiwa menyatukan perbezaan yang ada
dan itulah pengikat kasih antara kita berdua

Derai air mata memang tidak kamu keluarkan
tapi itu tertumpah jernih di mataku sayang
kerana sebuah perjuangan telah aku selesaikan
mencintaimu adalah suatu kemenangan.

BERSAMA KAMU


Semakin lama usia meretek
seakan kita terlalu jauh dipaut kesibukan
lalu selepas purnama itu
terlintas senyum mu
persis halilintar
merengus nyedarku
tentang terlalu lama
tidak kita bualkan
tentang puisi puitis bersahajamu
merebahkan aku
dibatasan relung
indah
indah
indah
dan aku inginkan lagi saat itu
bersama kamu.

KAMU BUKAN SAPA SAPA


Dengan apa kamu mencari hidup
adakah dengan laluan sebatas rasa
ataukah berbentuk suatu rencana?
kau bukan apa-apa dalam hidup ini
kau hanyalah seorang binatang jalang yang telanjang
juga berbalut luka
tersadar atau tidak itu adalah hakmu.

Sunday 4 December 2011

CATATAN BUAT TEMAN


Assalamualaikum semua, saya lihat jam yang tertera di depan laptop, sudah jam 12:16 pagi bertarikh 09.11.11. Sambil mendengar radio bestFM, hati tergerak ingin menulis sesuatu apabila mengenangkan cerita dari dua teman sebentar tadi. Sangat sedih sekali bila dua teman ini rupanya dalam diam menyimpan cerita yang seharusnya ada teman lain yang siap untuk menjernihkan semula hubungan mereka. Okielah, saya tinggalkan cerita mereka berdua, semoga hati mereka akan terbuka untuk berbaik semula, insyaAllah. Tetapi disini saya ingin berkongsi cerita dengan teman-teman semua sebagai renungan dan ingatan kita bersama. Semoga ada sesuatu di sebalik catatan saya ini yang boleh dirasakan oleh teman-teman semua betapa pentingnya nilai persaudaraan.

Allahu Akbar... handphone saya berbunyi la pula, baru saja nak mula menulis, sebentar saya nak tengok pesanan ringkas dari siapa. Subhanallah, teman saya yang duduk jauh mengirimkan pesanan. Hati saya berbunga riang di saat membaca kiriman ringkas darinya di screen hanphone saya, masyaallah.... Hanya teman tau, bukan pengarang jantung. Hidup ini kan perlu ada teman, betul tak? Maka perhatikan pula teman yang harus kita elakkan.

- Jangan berkawan dengan orang yang tamak, kerana pada zahirnya dia ingin membahagiakanmu, tetapi hakikatnya dia akan mencelakakanmu.

- Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil, kerana dia akan melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukannya.

- Jauhilah berkawan dengan orang yang suka berbuat jahat dan berperilaku buruk, nescaya engkau akan terhindar dari akibat perbuatan mereka.

- Dan berkawanlah dengan orang yang baik-baik, nescaya engkau akan seperti mereka.

Baiklah, saya tinggalkan cerita teman saya seorang ini pula. Saya ingin menambah catatan saya pada jam yang sudah menghampiri 01:31 pagi. Sesungguhnya teman-teman mengajak manusia ke jalan Allah adalah perkara yang sangat mulia. Namun tidak banyak dari kita yang sanggup melakukannya. Menegur dan memberi nasihat juga seolah-olah satu bebanan untuk di laksanakan. Biasanya alasan yang di berikan ''takut dia tersinggung'' ada juga alasan-alasan lain seperti ''nanti dia kata kita nak tunjuk pandai pula'' dan beribu satu alasan lagi.. Astaghfirullahal Azim... betapa kecilnya hati kita teman-teman bila tak mampu melaksanakan tanggung jawab yang begitu kecil sekali jika hendak di bandingkan dengan perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan ajaran Islam.

Sungguh Islam adalah agama wahyu, agama risalah yang merupakan pesan keTuhanan yang mesti disampaikan kepada segenap lapisan umat manusia. Islam adalah agama dakwah di mana semua umat Islam wajib untuk mengajak manusia lain untuk sama-sama beriman kepada Allah dalam pelbagai cara, samada media, facebook, pesanan ringkas atau sebagainya. Agar kebenaran agama Allah ini dapat diamalkan dalam segenap lapisan kehidupan masyarakat.

Tetapi pada umumnya teman-teman kita terbiasa dengan di hantui perasaan bersalah kerana bimbang niat yang baik akan di salah ertikan, itulah sebabnya Allah membekalkan kita dengan firman: "..Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.." (QS AnNahl ayat 125) Ertinya: "..Allah Taala Maha Tahu bahawa mungkin ajakan kita mendatangkan penolakan dari objek dakwah, tetapi bukan alasan untuk tidak berdakwah.."

Maka dengan itu teman-teman, marilah kita bersama-sama berlumba-lumba mengingatkan diri kita sendiri untuk menguatkan iman dan taqwa kita untuk menjadikan kita manusia yang lebih berguna, bukan hanya di dunia tetapi bekalan di akhirat yang pastinya akan menjadi 'pas masuk' untuk kita mendapat redha Allah. Dan dari itu teman-teman ku semua, jagalah lima perkara sebelum datang lima perkara: Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum Mati. (HR. Muslim)

Wallahu a’lam.

Sunday 20 November 2011

KEPADA UMIE YANG BERULANG TAHUN


Kepadamu umie yang berulang tahun pada hari ini
secoret kata ini ku tuliskan khas buat umie
tiada kata-kata indah yang bisa ku pamerkan
betapa berertinya umie didalam hidupku

Umie, jiwa dan ragaku tiada duanya untukmu
betapa besarnya pengorbananmu seorang ibu
membesarkan aku dengan penuh kasihmu
memberi peluk cium disaat aku perlu

Kepadamu umie yang berulang tahun pada hari ini
engkau laksmana embun pagi yang menyejukkan hati
yang sanggup kipas emosi disaat aku berduka
yang rela letakkan segala kebahagiaan buatku

Umie kini aku memahami syurga itu di bawah tapak kaki ibu
aku yang dulu berada didalam perut ibu
sering kau bisikkan kalimah-kalimah syahdu buatku
menyelematkan aku dari lembah kegelapan dunia

Umie dengan cahaya cinta penuh suci dari DIA
yang kau tanam dalam diriku agar selalu tidak alpa
sempena ulang tahun umie yang ke 43 pada hari ini
ku munajat pada Tuhan yang satu
agar umie sentiasa di bawah lindungan-Nya selalu