Aku tidak menghendaki untuk sentiasa dekat dengan kakak ku
dia adalah wanita kedua paling ku sayangi selepas mama ku
baiknya dia menyayangiku mengambil berat akan diriku
membuat ku terlalu kasihkan kakak ku
Masih ku ingat jelas ketika aku sakit dulu
kakak ku sentiasa di sisi menemaniku tanpa rasa jemu
ketika itu mamaku jauh mengikut baba
pulang menjenguk keluarga yang sudah lama terpisah
Kakak ku baik sekali hingga tak lekang bibir ini memuji
dia seorang yang mampu membuat hatiku senang
kakak ku sangat memahami kehendak diriku
wanita paling sibuk yang sentiasa ingin tahu akan diriku
Ah, kakak ku
tiba saat kakak ku di lamar orang
pergilah kakak ku mengikut suami jauh di rantau
sebaknya aku dalam gembira terselit duka
kakak yang ku sayang tidak lagi di sisi sentiasa
Saat kakakku pergi
fikirku dia tak lagi menyayangiku
namun sehingga di kurnia cahayamata tiga
nyata kasih kakak ku masih seperti dulu
Aku bangga punya kakak sepertimu
seberapa banyak pun cubaan kakakku sentiasa kental
masih terbayang wajah manis kakakku semalam
menangis memelukku seakan tidak ingin melepaskan
Dalam kesempatan ini ingin ku sampaikan rindu padanya
semoga kakakku sentiasa berbahagia di sana
usah risaukan mama, baba adik-adik yang lainnya

akan ku jaga mereka seperti kakak dulunya

No comments:
Post a Comment