1. Orang-orang cerdik (ulul albab) selalu berzikir (selalu mengingat Allah)
Allah S.W.T berfirman:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Iaitu: orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): '.. Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka..' (Ali-Imran: 191)
Al-Imam Al-Baghawi rahimahullahu mengatakan: '.. Seluruh ahli tafsir berkata bahawa yang di maksud dengan ayat tersebut adalah terus menerus berzikir (Iaitu mengingat Allah) dalam semua keadaan, kerana manusia tidak akan lepas dari tiga keadaan ini..'
Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullahu mengatakan, ini merangkumi seluruh zikir (mengingat Allah) dengan perkataan dan hati. Termasuk di dalamnya solat dengan berdiri, kalau tidak mampu dengan duduk, kalau tidak mampu maka dengan berbaring.
Maka pada ayat ini Allah S.W.T menunjukkan kepada kita jalan orang yang baik dan beruntung. Iaitu, mereka selalu berzikir, memanfaatkan waktu mereka dalam perkara-perkara yang bermanfaat, baik, dan mendatangkan pahala. Mereka adalah orang-orang yang bakhil terhadap waktunya. Tidak ingin waktunya terbuang sia-sia.
2. Orang-orang beriman tenang hati mereka dan tenteram dengan berzikir
Allah S.W.T berfirman:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Iaitu: Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’d: 28)
Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullahu menyatakan, '..Allah S.w.T menyebutkan sifat orang-orang beriman, maka Allah S.W.T menyatakan:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللهِ
'..Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah..'
Maksudnya, akan hilang gundah gulana dan kegoncangannya, serta akan datang kebahagiaan dan ketenteramannya.
أَلاَ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
'.. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram..'
Maka lebih pantas baginya untuk tidak tenteram dengan sesuatu selain mengingat-Nya. Kerana tidak ada sesuatu yang lebih lazat, lebih disukai, dan lebih manis bagi hati daripada kecintaan kepada Penciptanya.
3. Orang yang beruntung adalah orang yang menjauhi perbuatan sia-sia yang tidak berguna
Allah S.W.T mengatakan:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَتِهِمْ خَاشِعُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
'.. Telah beruntung orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia..' (Al-Mu`minun: 1-3)
Maknaﭞ telah dijelaskan oleh para ulama.
Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullahu dalam tafsirnya mengatakan: '.. Az-Zajjaj berkata, ﭞ adalah semua kebatilan, perkara sia-sia dan tidak serius, kemaksiatan, serta segala perbuatan dan ucapan yang tidak baik..' Adh-Dhahhak mengatakan, “Sesungguhnya ﭞ di sini maknanya adalah kesyirikan..' Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu berkata: '.. Ia (ﭞ) adalah seluruh kemaksiatan..'
Makna ﭟ (berpaling darinya) adalah menjauhi dan tidak melirik kepadanya.
Inilah beberapa sifat dan kriteria orang-orang yang beriman. Mereka selalu menjaga waktu dan berupaya untuk memanfaatkannya untuk perkara yang membawa berakah, baik untuk urusan duniawi maupun ukhrawi. Mereka selalu berzikir dengan membaca Al-Quran atau zikir-zikir yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka mencari ketenangan dan ketenteraman dengan ketaatan kepada Allah S.W.T. Maka pantas sekali bila mereka menjadi orang yang beruntung di sisi Allah S.W.T.
Orang-Orang Yang Tidak Terbimbing
Adapun orang-orang yang tidak terbimbing ke jalan yang benar, mereka menjauh dari zikir kepada Allah S.W.T dan larut dalam godaan-godaan syaitan. Bahkan mereka membeli perkataan sia-sia tersebut serta rela membayarnya dengan harga mahal. Hal ini akan menjadi penyesalan mereka pada hari kiamat nanti. Tapi sayang, penyesalan pada hari itu tidak berguna lagi. Bila mereka di dunia ini mencari kesenangan dan ketenangan hati dengan cara-cara seperti itu, maka ini adalah hal yang kontradiktif. Kerana Allah S.W.T telah menegaskan:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا
'.. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit..' (Thaha: 124)
Kalimat '..berpaling dari peringatan-Ku..' di jelaskan Ibnu Katsir rahimahullahu, ertinya adalah: '.. Menyelisihi perintah-Ku dan apa yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku, menjauh darinya, dan pura-pura lupa, dan ia justeru mengambil bimbingan dari yang lain..'
Jadi, orang yang mendengarkan muzik dan lagu-lagu, bererti ia telah berpaling dari Allah S.W.T. Kerana Allah S.W.T telah melarangnya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun telah melarangnya.
Adapun kalimat '.. penghidupan yang sempit..' para ahli tafsir berbeza pendapat tentangnya. Ada yang menafsirkan bahawa adalah kehidupan yang sempit, seperti dinukil dari Ibnu ‘Abbas c. Ada juga yang menyatakan bahawa maknanya adalah amalan dan rezeki yang jelek, sebagaimana dinukil oleh Ibnu Katsir dari Adh-Dhahhak, '.. Ikrimah, dan Malik bin Dinar. Ada pula yang mengatakan bahawa maksudnya adalah azab kubur.
Walhasil, Ibnu Katsir rahimahullahu menyimpulkan bahawa tidak ada ketenangan dan kelapangan dada bagi orang yang menjauh dari syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Orang yang menjauh dari zikir akan ditemani syaitan yang menyesatkannya.
Termasuk hukuman yang Allah S.W.T berikan atas orang yang menjauh dari zikir dan orang yang senang dengan lagu dan muzik termasuk dalam hal ini adalah bahawa Allah S.W.T akan mengirim syaitan dan membiarkannya menyesatkan orang tersebut.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
'.. Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran zat Yang Maha Pemurah (Al-Qur`an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya..' (Az-Zukhruf: 36)
Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullahu mengatakan, Allah S.W.T mengabarkan tentang hukuman yang keras bagi orang yang berpaling dari peringatan-Nya. Maka Allah S.W.T akan kirimkan kepadanya syaitan yang membangkang untuk menemani dan menyertainya, memberikan janji-janji dan angan-angan, serta mendorongnya berbuat maksiat.
Semoga Allah S.W.T menjauhkan kita dari hal ini.
Dari paparan Al-Quran yang sangat jelas tadi, orang yang berakal tentunya akan memilih perkara yang jelas membawa manfaat, iaitu selalu berzikir, membaca Al-Quran, dan mengamalkan syariat Allah S.W.T, baik solat maupun yang lain, yang akan menenteramkan hati dan membawa kebahagiaan ukhrawi.
Dia juga akan berusaha keras meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T, zat yang telah menciptakannya, meskipun perkara ini telah mendarah daging pada dirinya.
Allah S.W.T akan membimbing kita kepada jalan yang benar sebagaimana telah ditegaskan:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
'.. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik..' (Al-‘Ankabut: 69)
Nabi Muhammad S.A.W juga telah memberikan motivasi, bahawa ketika semakin besar kesulitan yang dihadapi seseorang dalam suatu perkara, maka balasan dari Allah S.W.T juga lebih besar. Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ
'.. Sesungguhnya besarnya balasan tergantung besarnya cubaan.” (HR. At-Tirmidzi, Kitab Az-Zuhd, no. 57, Ibnu Majah, Kitabul Fitan, no. 23. At-Tirmidzi mengatakan: '.. Hadits hasan gharib..' Hadits ini dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’, no. 110)
Wallahu a’lam.

No comments:
Post a Comment